top of page

Selangor buka 3 lagi PPV, 10% rakyat telah disuntik vaksin Covid 19


Kerajaan Selangor membuka 3 lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri itu.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, PPV tersebut mampu memberi suntikan kepada 3,000 hingga 5,000 orang sehari dan beroperasi di tiga daerah.


Beliau berkata, PPV berkenaan terletak di Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Abdul Razak, Sabak Bernam dan Bukit Beruntung Golf & Country Club, Hulu Selangor.


"PPV besar ini mampu membantu Selangor mencapai sasaran 135,000 suntikan sehari, sekarang suntikan vaksin di Selangor baru cecah 92,000 sehari.


"Kita ingatkan pegawai terlibat untuk berusaha mencapai sasaran ini," katanya dipetik ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC).


Sementara itu, Amirudin yakin rakyat Selangor akan mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober tahun ini.


Katanya, sehingga kini 10% rakyat telah pun memperolehi vaksin. Iaitu lebih 92,000 orang divaksin di bawah program berkaitan, tidak termasuk Vaksin Selangor (Selvax).


"Daripada segi persediaan dan kemampuan bekalan, Selangor berada di landasan tepat. Kita yakin jika kekal pada momentum ini kadar disasar dapat dicapai


"Malah, dengan beberapa penambahan pusat pemberian vaksin dan bekalan yang mula datang, kita boleh mencapai 135,000 sehari pada bulan ini dan 165,000 sehari pada Ogos nanti," katanya lagi.


Pada 15 Jun lalu, kerajaan Selangor dan Persekutuan bersepakat sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk negeri menerima suntikan vaksin selewat-lewatnya September. Jumlah 80% itu menentukan Selangor telah mendapat imuniti kelompok dan boleh membuka semua aktiviti ekonomi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page