top of page

Selangor berjaya tuai 32 tan bawang hasil tanaman fasa pertama



Negeri Selangor melakar sejarah baharu apabila berjaya menuai hasil bawang pertama berjumlah 32 tan.


Exco Pertanian Ir Izham Hashim berkata, jumlah tersebut adalah hasil tuaian projek fasa pertama penanamannya di kawasan seluas lapan ekar di Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya.


"Projek ini dilaksanakan di tanah seluas 25 ekar secara keseluruhan di SFV, dengan fasa pertama melibatkan lapan ekar. Untuk fasa pertama ini, kita berjaya hasilkan empat tan bawang per ekar.


"Kita menggunakan benih dari India yang berkualiti tinggi serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya memperkenalkan bawang tersebut yang dinamakan Bawang Rose Ehsan kepada media.


Turut hadir pada acara itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi.


Sementara itu menurut Izham, Selangor mengambil langkah memulakan tanaman sendiri bawang susulan permintaannya yang tinggi selain mengurangkan kebergantungan terhadap produk import.


Kesemua hasil tuaian tersebut jelasnya akan dijual di pasar raya Ehsan Mart dan Sri Ternak dengan sasaran keuntungan RM32,000 bagi seekar tanaman dengan modal termasuk gaji pekerja kira kira RM16,800 untuk tempoh sekitar 3 bulan.

Sebagai rekod, Malaysia kini sedang berusaha mengurangkan kebergantungan hasil tanaman dari negara luar.


Pada 28 Februari lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan menyasarkan 14,470 tan bawang dihasilkan menjelang 2026 melibatkan kawasan seluas 1,374 hektar di seluruh negara.


Inisiatif menerusi Projek Pembangunan Tanaman Bawang bertujuan mencapai sasaran pengurangan 30% pengimportan bawang menjelang 2030.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page