top of page

Selangor beri tempoh 3 bulan kilang haram lakukan pemutihan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 21, 2023
  • 1 min read




Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh tiga bulan selepas notis dikeluarkan untuk pengusaha kilang tanpa kebenaran di negeri itu melaksana proses pemutihan.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim berkata, sejak 2006 banyak kelonggaran dan tawaran telah diberikan kerajaan negeri bagi pelaksanaan pemutihan, namun sambutan diterima dari pengusaha kilang berkenaan tidak menggalakkan.


Justeru tambahnya, kerajaan tidak lagi berlembut dan akan bertindak merampas tanah serta merta sekiranya pengusaha gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan.


"Jadi kali ini kita beri dasar dan tawaran baru (untuk proses pemutihan) tetapi pada masa sama penguatkuasaan itu akan dijalankan.


"Sekiranya mereka ingkar, penguatkuasaan mesti dijalankan dan kita tidak akan beri peluang. Selepas notis dihantar mereka kena datang buat pemutihan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Komuniti Mampan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Rabu


Pada 15 Disember, Suee Lim menggesa pengusaha kilang tanpa kebenaran di Selangor untuk tampil melaksanakan proses pemutihan bagi mengelak tindakan rampasan tanah.


Jika tanah dirampas, katanya pemilik perlu membayar premium tanah mengikut jumlah ditetapkan pentadbiran negeri berikutan status bertukar kaveat iaitu dimiliki kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page