top of page

Selangor bawa agenda rumah Madani dalam Belanjawan 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 13
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor komited menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membangunkan rumah mampu milik berkonsep Madani yang lengkap dengan prasarana awam.


Exco Perumahan Datuk Borhan Aman Shah (gambar) berkata, sehubungan itu Kerajaan Negeri bercadang merialisasikan perkara itu menerusi Belanjawan Selangor 2026.


"Seruan perdana menteri untuk menyediakan perumahan mampu milik mengikut piawaian dasar Madani perlu disahut Kerajaan Negeri, khususnya Selangor demi manfaat rakyat berpendapatan rendah (B40).


"Selangor mempunyai sumber kewangan kukuh, contohnya Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Tabung Amanah Penyelenggaraan Kuota Bumiputera.


"Dasar perumahan Selangorku, Smart Sewa Selangor dan Rumah Idaman menjana hasil kepada negeri jadi pada pendapat saya kita boleh cairkan semula sebagai aset untuk membina rumah subsidi melalui konsep Madani," katanya selepas Libat Urus Belanjawan Selangor 2026 di Bukit Kiara pada Khamis.


Perdana menteri baru-baru ini mengarahkan semua projek perumahan rakyat berskala besar di negara ini mematuhi sepenuhnya kerangka Madani.


Menerusi konsep itu, pemaju perlu menyediakan semua kemudahan asas termasuk pembinaan sekolah menengah, sekolah rendah atau 'vertical school' lengkap dengan lif khas dalam bangunan, tadika dan prasekolah, kemudahan keselamatan dan kesihatan.


Borhan sementara itu berkata, keperluan rumah mampu milik di Selangor amat mendesak memandangkan negeri itu mempunyai populasi tertinggi di Malaysia dengan 7.2 juta penduduk.

Justeru tumpuan pembangunan rumah mampu milik akan diberi di kawasan pinggir bandar termasuk Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.


"Rumah mampu milik ditawarkan pada harga berpatutan. Kita fokus di pinggir bandar kerana harga tanah di kawasan bandar agak tinggi," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page