Kerajaan Selangor akan membantu penggiat seni di musim pandemik Covid 19.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Kerajaan Negeri juga menggalakkan seniman menghasilkan karya merakam peristiwa pandemik yang melanda negara untuk rakaman peristiwa buat generasi akan datang.
Selain itu, beliau juga sedang meneliti pendekatan sesuai membantu pengkarya dan kelompok seni yang terlibat dalam kegiatan kebudayaan, termasuk termasuk bidang perfileman dan nyanyian.
"Untuk seniman dapat menyumbang buah fikiran mereka dalam bentuk karya, hasil karya akan dibiayai sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri agar mereka mampu menyambung hidup serta melaksanakan kehidupan dalam suasana pandemik ini," katanya.
Amirudin berkata demikian pada majlis anugerah Hadiah Sastera Selangor (HSS) 2020 yang disiar dalam Facebook Media Selangor malam tadi.
Beliau juga mengumumkan bantuan kepada penggiat seni itu akan dibuat dengan kerjasama Exco Kebudayaan Borhan Aman Shah dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Saya mahu mereka menyumbangkan karya dan kreativiti mereka untuk sama-sama memikirkan bagaimanakah rupa kita ketika berdepan krisis ini, bagaimanakah wajah kita ketika melalui detik-detik yang sukar ini.
“Apakah cabaran-cabaran di depan, apakah sudut-sudut dan bingkai yang mungkin tak dapat dilihat oleh mereka yang tidak dapat mendalami setiap perkara dan detik yang kita lalui,” katanya.
Untuk tahun 2020, sebelas penulis karya kreatif yang disiar dalam media Selangorku diumum sebagai pemenang
Empat individu menang hadiah penghargaan bagi kategori cerpen dan esei, manakala tiga lagi dalam kategori sajak.
Pemenang dalam dalam kategori cerpen ialah Mak Minah hilang kain kafan (karya Farahin W), Kau apa hari ini Melissa (Md Fariq Khir), Sapat (Jaya Ramba), Kuncitara (Saiful Ghazali)
Manakala bagi kategori esei pula pemenangnya ialah karya Jargon: Ketidakjujuran bahasa (Jaymani Sevanathan), Kejantanan dalam filem Melayu (Daniyal Kadir), Romantis penjenayah novel Melayu (Saiful Ghazali) dan Tipu daya filem ‘wira kulit putih’ (Mohamed Nazreen Shahul Hamid)
Comments