top of page

Selangor bantu kurangkan harga bekal sayur terus dari ladang - MB

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 30, 2021
  • 1 min read


Kerajaan Negeri cuba mengurangkan tekanan harga sayur sayuran di pasaran dengan sayuran murah terus dari ladang Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan beberapa kebun petani kecil.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan keterbatasan yang ada tanpa bantuan agensi pusat, kerajaan Selangor telah menyediakan gerai menjual bahan mentah makanan kepada rakyat dengan harga patut.


"Ini adalah sebahagian usaha usaha kita yang saya percaya dengan limitasi sedia ada, sebagaimana disebut pertanian sebahagian besar agensi di bawah milik Kerajaan Persekutuan. Kita ada PKPS dan sebahagian Jabatan Pertanian yang membantu," katanya dalam sidang media di Shah Alam, tengah hari tadi.


Tambahnya, sebelum ini Kerajaan Negeri juga telah mengadakan jualan dengan konsep sama melibatkan sayur sayuran dan buah buahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan menjelang musim perayaan


"Usaha PKPS ini bukan baharu. Waktu PKP yang lepas kita buat Selangor Agro Market.


"Dalam Selangor Agro Market juga kita menawarkan harga yang di bawah harga pasaran. Ketika musim perayaan dan sebagainya ada sambutan yang baik. Sebab itu PKPS lanjutkan lagi ketika harga barang memuncak, kita cuba membantu dengan mengurangkan harga barangan makanan.


"Ini dan bukan semata mata langkah populis memberikan tunai kepada rakyat, tetapi mengurangkan, dan sampai kepada isu sebenar iaitu kenaikan harga barang.


"Apa yang kita buat mungkin boleh dijadikan formula untuk mengurang dan seterusnya membantu rakyat di kala harga barang naik menggila," katanya lagi.



harga sayur sayuran yang dijual di gerai PKPS


Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page