top of page

Selangor bangunkan pelan induk urus sumber air, dijangka siap 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor kini sedang membangunkan pelan induk pengurusan sumber air bagi menangani isu kekurangan air ketika musim kemarau serta lebihan air semasa musim banjir.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pelan komprehensif itu dijangka siap dalam tempoh setahun dan akan menjadi garis panduan utama dalam pengurusan air negeri.


"Jika kurang air, akan timbul masalah bekalan. Jika berlebihan, berlaku banjir. Jadi kita perlu lihat kedua-dua aspek ini secara menyeluruh.


"Pelan ini penting untuk menentukan cara terbaik mengurus lebihan air dan lokasi kolam takungan ketika kemarau," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej A dan C di Kolam Sistem Peningkatan Hibrid Pinggir Sungai (HORAS) 600, di Kuala Selangor pada Selasa.


Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri berhasrat mewartakan lebih 100 kolam takungan termasuk kolam HORAS sebagai kawasan perlindungan sumber air, bagi menjamin kelangsungan bekalan air bersih.


Langkah ini penting bagi memastikan Loji Rawatan Air (LRA) tidak terganggu atau terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran dari muka sauk.


Dalam usaha menangani pencemaran air pula Kerajaan Negeri sedia mempertimbang penambahbaikan undang-undang berkaitan kesalahan mencemarkan sumber air di Selangor.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page