top of page

Selangor anjur Klinik Asas Sukan Budak Kampung 2023



Kerajaan Negeri menganjurkan Program Klinik Asas Sukan Budak Kampung 2023 untuk mengasah bakat sukan dalam kalangan anak anak desa di negeri ini.


Menurut Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman, Klinik Asas Sukan Budak Kampung 2023 merupakan kesinambungan program Kejohanan Piala Budak Kampung (PBK) yang dianjurkan sebelum ini.


"Program yang berlangsung selama dua hari memfokuskan tiga jenis sukan iaitu Bola Sepak, Sepak Takraw dan Bola Jaring dengan menumpukan penyertaan bermula dari umur 10 hingga 17 tahun.

Exco Khairuddin mencuba bermain takraw

"Klinik Asas Sukan ini melibatkan sesi latihan yang dikendalikan oleh bekas bekas atlet yang pernah mengharumkan nama Malaysia dan Negeri Selangor antaranya Karishma a/p S. Loganathan dan Nur Firra Syuhada Hasrin (Bola Jaring), Khalid Ali, Shahrin Majid dan Hardi Jaafar (Bola Sepak) serta Farhan Adam dan Haziq Hairul Nizam (Sepak Takraw)," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Dewan Negeri Paya Jaras itu lagi, program julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan menerima hampir 1000 penyertaan. Program tersebut, katanya akan dibuka pada sesi-sesi seterusnya dalam tahun ini.


"Diharapkan penganjuran klinik sukan ini dapat menjadi platform kepada para belia selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk mencungkil dan mengenalpasti bakat-bakat sukan yang diasah agar menjadi atlet profesional.


Di samping sebagai Inisiatif Kerajan Negeri untuk terus mendekati komuniti sukan akar umbi," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page