top of page

Selangor anjur jualan barangan harian harga patut di seluruh negeri



Kerajaan Negeri dalam program intervensi harga akan menganjurkan jualan barang keperluan harian pada harga patut sehingga hujung tahun ini.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, jualan berkenaan akan dianjurkan di banyak lokasi di seluruh negeri.


"Program jualan murah barangan keperluan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bakal berlangsung di 160 lokasi seluruh negeri hingga hujung tahun ini.


"Jualan ini menawarkan barangan asas dapur berkualiti yang lebih murah daripada harga pasaran," katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini Kerajaan Negeri juga telah melakukan jualan sayur sayuran dan ayam bulat yang disubsidi bagi mengurangkan beban isi rumah di tengah tengah peningkatan harga yang melampau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page