top of page

Selangor angkat TVET teras pembangunan ekonomi, modal insan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 27
  • 1 min read

MB Amirudin meraikan graduan di Majlis Konvokesyen ke-24 Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor
MB Amirudin meraikan graduan di Majlis Konvokesyen ke-24 Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor meletakkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai teras utama pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi Selangor.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sektor TVET terbukti telah melahirkan tenaga kerja mahir dan membuka ruang keusahawanan teknologi baharu yang inovatif serta mampu mencipta peluang pekerjaan masa hadapan.


Keupayaan itu telah meletakkan sektor pendidikan itu sebagai pilihan generasi belia melanjutkan pengajian mereka.

"Di Selangor, sektor seperti automasi industri, dron, elektrik dan elektronik, perkilangan pintar, teknologi tenaga boleh baharu dan kecerdasan buatan berkembang pesat.


"Pelaburan dalam TVET turut membangunkan teknousahawan (technopreneur) berasaskan teknologi yang mampu mencipta penyelesaian inovatif.


"Ini memerlukan tenaga kerja mahir dalam skala besar," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.


Terdahulu beliau hadir bagi meraikan 360 graduan di Majlis Konvokesyen ke-24 Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) bagi meraikan 360 graduan di Majlis Konvokesyen di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di Shah Alam pada Sabtu.


Pada acara itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Menteri Besar Selangor kepada graduan penyamanan udara, Muhammad Adam Zikri Harun.

Sementara itu tambahnya, kepesatan pembangunan TVET di negeri ini bukan sahaja sejajar dengan Dasar TVET Negara malah turut menyokong aspirasi Pelan Induk Perindustrian Negara 2030 yang digariskan Kerajaan Persekutuan.


Sebagai rekod, Kerajaan Selangor memperuntukkan hingga RM16 juta setahun bagi pemerkasaan bidang TVET.


Peruntukan tersebut meliputi penajaan pelatih di institusi TVET seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), dalam program Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Kemahiran Profesional dan Kursus Kemahiran Jangka Pendek.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page