top of page

Selangor ambil tindakan segera susulan kejadian jalan runtuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 14, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor melaksana tindakan segera susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Sungai Lalang, Semenyih.


Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pemakluman awal notis penutupan jalan dinaikkan pada persimpangan menghala ke lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan sekitar.


Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Izham berkata pihaknya menerusi Jawatankuasa Kemajuan Infrastruktur negeri bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), telah mengenal pasti beberapa cadangan tindakan awal yang boleh dilaksanakan di kawasan itu.


Antaranya membuka laluan alternatif sementara merentasi kawasan tanah persendirian berdekatan bagi kemudahan pengguna


"Selain itu, operator lori sampah MPKJ turut menawarkan untuk pembinaan pembentung sementara di laluan tersebut dan perkara berkenaan juga sedang diteliti," katanya.


Media melaporkan, laluan di kilometer 9.6 berdekatan Semenyih Eco Venture Resort dan Recreation runtuh susulan hujan lebat semalam.


Kejadian itu menyebabkan laluan kedua-dua hala tidak boleh dilalui dengan kenderaan dari arah Bukit Peras Hulu Langat dinasihatkan memasuki Simpang Jalan Sungai Tekali untuk menuju ke Semenyih.


Sementara, pengguna jalan raya yang menghala ke Jalan Sungai Lalang atau Bukit Peras disaran melalui Batu 9 Cheras, Jalan Hulu Langat.


Sementara itu menurut Izham, pihaknya akan memaklumkan perkembangan berkaitan dari semasa ke semasa.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page