top of page

Selangor akan syor kriteria tertentu ubah pelaksanaan PKPB

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 30, 2021
  • 1 min read

Updated: May 1, 2021


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar, tengah) berkata tiga perkara akan menjadi kayu ukur terhadap syor perubahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.


Katanya, faktor yang akan diambil kira adalah pertambahan kes positif Covid-19, jangkitan berkaitan kawasan tumpuan awam dan kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) sama ada meningkat atau menurun.


"Kita ada angkat beberapa cadangan namun yang penting kita mahu masa yang sesuai (perubahan pelaksanaan PKPB) dan bukan secara tiba-tiba.


"Sebab itu kita ada cadangkan tarikh bila bermula tetapi syor ini akhirnya akan dibincangkan di peringkat persekutuan sebelum diputuskan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika sidang media selepas melancarkan penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 (DRTMPS 2030) di Le Gardens Pavilion, Kuang.


Sebelum itu, dalam ucapan pelancaran Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2030 itu Amirudin menekankan penyertaan masyarakat awam dan pihak berkepentingan untuk terlibat dengan perancangan pembangunan di kawasan pentadbiran Selayang.


Penyertaan itu amat diperlukan untuk menjadikan Selayang sebuah perbandaran yang seimbang dari segi kelestarian masyarakat, ekonomi, berteknologi dan alam sekitar.


Selain itu, beliau juga menyeru agar Ahli-Ahli Majlis MPS memainkan peranan untuk melibatkan komuniti menyertai program publisiti dan hebahan yang dijalankan selama satu bulan.


Draf Rancangan Tempatan MPS akan dipamerkan kepada awam bermula 30 April hingga 31 Mei 2021 di Lobi, Menara MPS, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak dan PLAN Malaysia Selangor. Orang ramai juga boleh mengakses dan memberi pandangan terhadap Draft Rancangan Tempatan MPS 2030 melalui laman sesawang https://drt2030.mps.gov.my .


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page