top of page

Selangor adakan taklimat khas kebakaran gas Putra Height Isnin ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sesi penerangan serta taklimat berhubung insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights pada Isnin hadapan.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata sesi taklimat itu akan melibatkan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.


"Permohonan juga telah dibuat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Lau Weng San supaya memberi ruang kepada Kerajaan Negeri untuk membuat penerangan rasmi mengenai insiden ini pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.


"Kerajaan Negeri berdiri teguh atas prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan akauntabiliti, serta menjunjung sepenuhnya mandat rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.


Dalam insiden pada 1 April lalu, seramai 529 penduduk daripada 118 keluarga terjejas manakala sebanyak 235 premis, termasuk rumah dan kedai, mengalami kerosakan dengan 87 daripadanya musnah sepenuhnya.


Sebagai langkah segera, Kerajaan Negeri mengumumkan beberapa inisiatif termasuk bantuan pembiayaan sewa rumah sebanyak RM2,000 sebulan untuk tempoh setahun kepada penduduk terjejas sementara kediaman mereka dibaik pulih sepenuhnya.


Sementara itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam sidang media khas pada 30 Jun memaklumkan hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada kegagalan fizikal pada bahagian paip yang tidak disokong secukupnya oleh tanah yang lembut dan lembap.


"Keadaan ini menyebabkan paip gagal menampung tekanan, berlaku kebocoran gas yang kemudian menyala dan meletup," jelas Pengarah Jabatan Keselamatan Petroleum, Husdin Che Amat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page