top of page

Selamat Tahun Baharu Cina: PM ajak ambik ikhtibar semangat 'Miki'



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi mesej agar semua rakyat Malaysia cekal menghadapi pelbagai cabaran dan segera bangkit membangunkan negara dengan semangat perpaduan.


Mesej itu disampaikan beliau melalui muat naik sebuah video yang memaparkan kisah seekor arnab bernama Miki.


Video klip berdurasi 1.14 minit bersempena sambutan Tahun Baharu Cina itu memaparkan Miki yang dianggap gagah meneruskan perjalanan mengejar impiannya walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.


"Lelah, penat memungkinkan untuk menyerah, adalah setelah menempuh kepayahan dan kesusahan ini, tewas pengakhirannya?


"Namun selagi ada harapan, pasti sinar akan hadir


"Begitu juga dengan kita yang telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan selama ini. Dalam mencari sinar harapan, jangan pernah mengalah.


"Ayuh kita bangkit.. kita bangkit dengan perpaduan," kata suara latar dalam video itu.


Perdana Menteri dirakam memegang arnab itu sambil berkata.


"Sebagai satu negara merdeka, sudah matang dan dewasa, wajar kita perkasakan semua rakyat, semua kaum di negara Malaysia tercinta."


Masyarakat Tionghua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada Ahad dengan Arnab mewakili Zodiak kalender Cina.


Melalui rakaman video itu, Perdana Menteri mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina.


Beliau turut menyifatkan perayaan besar di negara ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyemai semangat perpaduan dan saling mengenali.


"Elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.


"Sebagai satu negara merdeka, dan sudah matang serta dewasa. Wajar kita perkasakan semua rakyat, semua kaum di negara Malaysia tercinta.


"Untuk kesempatan ini, marilah kita sama-sama merayakan hari kebesaran masyarakat cina, Gong Xi Fa Cai, Xinnian Kuaile, Xin Nian Hao," ucapnya sambil memegang Miki.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page