top of page

Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah jangan pertikai sesama sendiri



Sekutu Kerajaan Perpaduan di Sabah, ahli politik dari parti Warisan seharusnya menjadi agen menyebar maklumat Kerajaan kepada rakyat.


Sebaliknya, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, tindakan Ketua Penerangan Warisan, Datuk Azis Jamman kebelakangan ini kelihatan seperti 'menyerang' Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.


Malah ujar Razeef, serangan yang dibuat oleh bekas Ahli Parlimen Sepanggar itu dilihat seolah olah cubaan menutup kegagalan beliau sepanjang menjadi Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri.


"Sebagai salah seorang pemimpin di dalam Kerajaan Perpaduan, Azis sepatutnya membantu dalam menyampaikan dasar Kerajaan apatah lagi beliau mempunyai banyak masa terluang selepas tidak lagi menjadi Ahli Parlimen.


"Namun saya melihat serangan demi serangan dilakukan kepada Armizan, dan ianya dilihat seperti sebuah serangan terancang yang sengaja ditujukan ke atas Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Razeef lagi, sekiranya serangan itu mempunyai hubungkait dengan kegagalan Warisan mengambilalih kepimpinan Sabah beberapa bulan lalu maka mereka perlu move on kerana dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku.


"Biarlah Armizan melakukan tugasnya selaku Menteri dan pemimpin parti lain dalam Kerajaan Perpaduan seperti Azis bantu menyampaikan dasar kerajaan melalui pelbagai platform yang ada," ujarnya.


Dalam pada itu Razeef bimbang sekiranya tindakan Azis akan dilihat oleh rakyat Sabah seperti cubaan sabotaj ke atas Kerajaan Perpaduan kerana kurang senang dengan prestasi pemimpin GRS.


Selain itu katanya, Azis juga perlu menerangkan 17 daripada 21 tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang didakwa beliau telah selesai.


"Azis perlu menjelaskan definisi ‘selesai’ yang dimaksudkan sama ada perkara itu telah selesai dibangkitkan, selesai diutarakan, selesai yang sudah ada persetujuan dasar, atau selesai yang sudah dilaksanakan.


"Ini penting kerana rakyat perlu tahu setakat mana sesuatu perkara dalam MA63 itu telah diselesaikan. Jika ia telah selesai seperti yang didakwa Azis namun sebenarnya masih dalam proses tertentu, ia akan memberi kesan dan fitnah kepada Kerajaan Perpaduan yang akan dituduh membatalkan perkara yang didakwa Azis telah selesai walhal masih dalam proses untuk diselesaikan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page