top of page

Sektor perkhidmatan jadi tumpuan Selangor dalam tempoh lima tahun



Kerajaan Selangor akan menumpukan pembangunan sektor perkhidmatan bagi tempoh lima tahun kehadapan termasuk pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha yang akan dilaksana itu dijangka memacu pertumbuhan ekonomi lebih tinggi kepada negeri Selangor.


"Peralihan kepada sektor perkhidmatan berdasarkan dalam talian merupakan antara kunci utama yang harus ditumpukan pada masa depan bagi memacu ekonomi di Selangor dan Malaysia, amnya," katanya dipetik.


Amirudin ditemui pemberita pada Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) 2024 di Kuala Lumpur pada Jumaat.


Beliau sebelumnya menjadi panelis sesi ‘Dialog Khas Mengenai Destinasi Pelaburan Utama : Memanfaatkan Kekuatan Tempatan bagi Kemakmuran Serantau’ pada Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) 2024.


SABC berperanan sebagai platform penting untuk pemimpin ASEAN dan global membincangkan isu ekonomi penting, meneroka peluang perdagangan dan membentuk kerjasama strategik.


Terdahulu pada sesi dialog yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Amirudin menggariskan beberapa keunikan Selangor yang mampu menarik pelaburan ke negeri itu.


Kedua-dua pihak turut membincangkan kekuatan kedua-dua negeri dalam menarik pelaburan masuk ke dalam negara.


Dalam pada itu, Amirudin berkata Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang juga kerangka pembangunan negeri itu, dijangka meningkatkan kadar sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sehingga 0.5 peratus pada masa akan datang.


RS-1 terbukti membuahkan hasil apabila Selangor berjaya menyumbang 25.9 peratus KDNK dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus pada 2023, berbanding tahun sebelumnya.

0 comments

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page