top of page

Sektor borong, runcit negara berkembang 7.1 peratus - DoSM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 12, 2024
  • 1 min read

ree

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) pada Khamis memaklumkan Perdagangan borong dan runcit Malaysia berkembang 7.1% dari tahun ke tahun.


Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin melalui satu kenyataan berkata peningkatan itu didorong oleh subsektor perdagangan runcit, yang menokok 8.7% atau RM5.1 bilion kepada RM64.0 bilion.


Menurutnya, nilai jualan bulanan pada Mei 2024 telah mencatatkan sebanyak RM147.9 bilion, manakala perdagangan borong juga berkembang sebanyak 4.7% atau RM2.9 bilion kepada RM65.1 bilion.


"Ini diikuti oleh kenderaan bermotor dengan kenaikan 10.5% atau RM1.8 bilion kepada RM18.8 bilion.


"Bagi perbandingan bulanan, perdagangan borong serta runcit naik 2.0% berbanding bulan sebelumnya, disokong oleh kenderaan bermotor dan perdagangan borong masing-masing sebanyak 8.8% dan 2.0%," katanya.


Melalui kenyataan tersebut Mohd Uzir turut memaklumkan, indeks jualan runcit secara dalam talian berkembang sebanyak 5.2% dari tahun ke tahun menjelang Mei 2024 berbanding 4.3% yang dicatatkan semasa April 2024.


Bagaimanapun bagi nilai pelarasan musim, indeks itu menyusut 4.7% berbanding bulan sebelumnya.


"Dari segi indeks volum, perdagangan borong dan runcit bagi Mei 2024 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 5.7%.


"'Pengembangan ini disumbangkan oleh semua subsektor iaitu kenderaan bermotor (9.6%), perdagangan runcit (6.8%) dan perdagangan borong (3.4%).


"Sebaliknya, bagi indeks volum pelarasan musim, ia jatuh 0.9% bulan ke bulan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page