top of page

Sekretariat Pejabat Presiden ditubuh selaraskan gerak kerja parti



Oleh: Abdullah Zaid


Pemantapan gerak kerja Parti Keadilan Rakyat amat perlu diperkukuhkan menghadapi pelbagai isu dan mewujudkan jentera yang berkesan sehingga ke akar umbi

Sehubungan itu, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan penubuhan Sekretariat Pejabat Presiden KEADILAN.


Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri memaklumkan Sekretariat Pejabat Presiden itu diamanah untuk memartabatkan dan memperkasakan KEADILAN selain membantu serta menyelaras pergerakan juga memantau aktiviti dan gerak kerja di semua peringkat parti.


"Sekretariat Pejabat Presiden turut diamanahkan untuk menyemak Perlembagaan Parti untuk mengisbatkan hala tuju dan masa depan KEADILAN serta memberi pandangan dan cadangan dalam isu-isu semasa yang berbangkit dalam politik negara.


"Justeru, pimpinan dan anggota KEADILAN, dinasihatkan untuk berganding bahu dalam menggalas tanggungjawab mendukung aspirasi KEADILAN demi menjuarai hak dan kebajikan rakyat untuk masa depan negara," katanya.


Sekretariat tersebut turut dianggotai oleh lima pimpinan kanan KEADILAN antaranya Datuk Romli Ishak sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden (Koordinator).


Manakala, dua wakil Ahli Parlimen Onn Abu Bakar (Batu Pahat) dan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden.


Selain itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Manivanan Gowin turut menganggotai sekretariat itu selain Timbalan Wanita Pusat, Juwairiya Zulkifli dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden (Setiausaha).

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page