top of page

Sekretariat Malaysia Madani perjelas konsep Madani ke seluruh negara



Sekretariat Malaysia Madani akan menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan konsep Malaysia Madani kepada rakyat jelata.


Koordinator Sekretariat Malaysia Madani, Mustaffa Kamil Ayub berkata, jelajah tersebut telah pun berlangsung di beberapa negeri sebelum ini dan pada hujung minggu ini berada di Perlis dalam program di Hotel Herritage, Kuala Perlis.


"Sabtu, Ahad kita berada di Kuala Perlis, di Perlis untuk menerangkan gerak kerja serta merakyatkan Malaysia Madani ke akar umbi.


"Sebelumnya kita telah berada di Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan kita kembangkan ke seluruh negara pemahaman mengenai Malaysia Madani agar tidak diperlekeh dan dimomokkan atau seumpamanya.


"Kita menyampaikan kepada rakyat, Malaysia Madani bukan sekadar slogan (kerajaan) tetapi perlu sampai dan difahami (ideologinya) sebaik mungkin oleh seluruh rakyat, orang Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazan," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau yakin dengan penerangan yang diberikan itu rakyat di segenap ceruk rantau akan mula faham dengan konsep yang sedang dikembangkan oleh Kerajaan pada waktu ini.


Berkenaan kerjasama sekretariat dengan Pengkalan Data Utama (PADU) pula, Mustaffa berkata, sekretariat pada masa hadapan akan menerangkan juga mengenai konsep digitalisasi negara bagi meyakinkan rakyat untuk melengkapkan maklumat dalam pangkalan data PADU dan menjelaskan konsep pendigitalan berkenaan secara kerangka besar.


"Kita juga akan berbicara dengan PADU nantinya supaya dari segi pendigitalan Malaysia ini boleh kita gabung jalinkan dengan konsep Malaysia Madani kerana dunia pun menuju kepada era digitalisasi. Oleh demikian kita akan gabungkan juga pendekatan kita dengan PADU.


"Saya yakin dengan gabungan sama ada ekonomi madani atau digitalisasi Malaysia, ini semua ke arah Malaysia Madani yang kita mahukan dalam abad mendatang," katanya lagi.


Program Sekretariat Malaysia Madani di Perlis akan bermula pada jam 2.30 petang ini di Hotel Herritage dan berlanjutan sehingga petang Ahad.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page