top of page

Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan umum hasil rundingan kerusi



Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia akan mengumumkan mengenai hasil rundingan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri pada masa yang sesuai.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil dalam sidang media sempena Perasmian Konvensyen dan Ucaptama Pemantapan Penerangan KEADILAN Negeri Selangor di Dewan Melawati TH Hotel, Kelana Jaya Selangor, sebentar tadi.


Menurut Fahmi, rundingan pembahagian kerusi secara tidak rasmi telah pun berjalan antara Pakatan Harapan (PH) dan BN namun pengumumannya mungkin dibuat berdasarkan negeri dan tidak dilakukan serentak.


"Setakat ini kita ada seperti (Datuk Seri) Saifuddin (Ketua Setiausaha PH) sebut, kita ada prosesnya dan proses itu sedang berjalan.


"Saya rasa ia akan dimuktamadkan melalui Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang telah terbentuk beberapa minggu yang lalu dan itu akan menjadi platform rasmi untuk kita umumkan kelak. Proses (rundingan) berjalan, dahulu secara tidak formal dan sekarang secara rasmi.


"Saya jangka tidak terlalu lama dari sekarang sebab perbincangan tidak rasmi telah berlangsung lama dan mungkin sebelum hujung Mac atau lebih awal. Dia tak semua negeri diumumkan serentak, ada setengah negeri diumum dahulu.


"Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi dari Sekretariat Kerajaan Perpaduan," katanya.


Menjawab soalan wartawan apakah akan terjadi ura ura pihak tertentu melakukan konspirasi dan mungkin menubuhkan 'kerajaan tebuk atap' sekali lagi, Fahmi berkata perkara itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa kerana rakyat telah pun selesa dengan kestabilan Kerajaan Perpaduan sepanjang 3 bulan ini, dan tidak mahu kembali ke era sebelum 2023.


"Kestabilan yang telah kita kecapi pada waktu ini amat membantu untuk menyelesaikan masalah rakyat, dan pada waktu ini tidak timbul isu yang tidak sepatutnya berlaku.


"Sekiranya ada ikhtiar yang bagi saya tidak baik maka kita pasti akan minta pihak berkuasa untuk menyiasatnya. Memang kalau ada ikhtiar yang buruk kita perlu patahkan segera," katanya.


Sementara itu, Fahmi berpuas hati dengan kehadiran kesemua wakil dari 56 DUN di Selangor dalam program berkenaan yang memperlihatkan kesungguhan jentera KEADILAN untuk mempertahankan pemerintahan negeri.


"Ini adalah salah satu daripada acara atau program yang ke arah mempertahankan KEADILAN, terutama KEADILAN Selangor yang bersiap sedia menghadapi PRN yang bakal tiba selewat lewatnya bulan Jun atau Julai tahun ini.


"Kehadiran memberangsangkan dari 22 parlimen merangkumi 56 DUN. Ini satu peluang baik kami menyampaikan pesanan dari jentera di peringat akar umbi untuk pastikan bahawa skil atau cara penyampaian dapat dimantapkan dalam persediaan PRN


"Beberapa perkara saya tegaskan antara lain dalam belanjawan 24 Feb lalu, ikhtiar pihak kerajaan pusat yang berkait dengan penduduk di Selangor dan DUN, manfaat atau ikhtiar itu perlu kita sampaikan di peringkat akar umbi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page