top of page

Sekolah Kebangsaan Malaing dapat kemudahan Starlink



Sebuah lagi unit peranti satelit Starlink telah dipasang bagi memudahkan pelajar pendalaman mendapat akses kepada internet.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebook beliau memaklumkan, peranti itu dipasang di Sekolah Kebangsaan (SK) Malaing, Keningau di Sabah, yang sebelum ini berdepan dengan masalah telekomunikasi yang teruk.


"InshaAllah saya akan teruskan lagi usaha untuk memastikan 100 peratus kawasan berpenduduk mempunyai akses internet. Kini masih berbaki tiga peratus," katanya


Fahmi turut berkongsikan hantaran video oleh Guru Besar SK Malaing Denis Gapilit.


Menurut Denis, dengan adanya capaian internet itu, guru-guru, murid dan komuniti am, khususnya yang berada di sekitar sekolah itu dapat menerima manfaat .


"Perkhidmatan internet Starlink ini akan memudahkan guru-guru melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian, yang memang sekarang ini sedang diguna pakai di seluruh Kementerian Pendidikan Malaysia, begitu juga dengan murid-murid


"Perkhidmatan ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk mengakses data-data yang terdapat di dalam (sistem) pembelajaran secara dalam talian," katanya dalam video berdurasi 58 saat, yang turut memaparkan pemasangan peranti itu di atas bumbung dewan serba guna sekolah berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page