top of page

Sekat royalti petroleum: T'ganu perlu rujuk Akta Laut Wilayah - KEADILAN Kemaman



Dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kononnya Kerajaan Persekutuan menyekat hak royalti petroleum Terengganu seharusnya dirujuk kepada Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, di bawah akta berkenaan Terengganu pada hakikatnya tidak berhak ke atas royalti petroleum. Malah, kata beliau, akta itu tidak pula diubah oleh Pas ketika parti itu memerintah Kerajaan Persekutuan pada 2020 - 2022 lalu.


Oleh itu, daripada terus mentohmah Perdana Menteri dan kerajaan pusat bertindak zalim, kata Ahmad Nadhir, lebih baik kerajaan Pas Terengganu mencabar hak royalti negeri berkenaan di mahkamah.


"KEADILAN Kemaman mencabar kerajaan Pas Terengganu di bawah kepimpinan MB Ahmad Samsuri Mokhtar supaya mencabar keabsahan Akta Laut Wilayah 2012 berhubung hak royalti negeri Terengganu yang didakwa dinafikan kerajaan pusat


"Jika Kerajaan Negeri Terengganu benar-benar mempunyai alasan undang-undang yang kukuh berkenaan isu ini seharusnya pihak mereka memulakan semakan kehakiman dengan segera bagi menentukan keabsahan akta tersebut di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahmad Nadhir lagi, sekiranya cabaran tidak dilakukan maka kerajaan Pas Terengganu tidak wajar membuat tuduhan liar kononnya Kerajaan Madani bertindak zalim menafikan hak royalti negeri itu.


"Juga tidak perlu aksi politik murahan mengadakan munajat perdana memohon doa megembalikan hak royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu bagi mewujudkan persepsi kerajaan pusat telah berlaku zalim.


"Ini adalah perbuatan yang hanya akan menyuburkan lagi politik takfiri dan perpecahan dalam kalangan masyarakat Terengganu


"Pas Terengganu yang mencanangkan politik matang dan sejahtera, seharusnya mereka gunalah saluran yang betul bagi menyelesaikan isu ini, termasuk saluran undang-undang dan juga rundingan dengan kerajaan pusat," katanya lagi.


Awal Mac lalu MB Samsuri mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum membayar royalti petroleum 2023 sejumlah RM1 bilion kepada Terengganu.


Dalam jawapan balas PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.55 bilion untuk pembangunan di Terengganu tahun lalu walaupun dana bersangkutan petroleum seperti wang ihsan dan sebagainya hanya berjumlah RM786 juta. Katanya terdapat juga peruntukan pembangunan yang disalurkan terus kepada rakyat melalui projek Persekutuan.


Untuk rekod, dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ke atas hak royalti berdasarkan Akta Laut Wilayah 2012 di Dewan Rakyat Februari lalu, setiap negeri hanya mempunyai hak ke atas laut wilayah di pesisir yang berdampingan dengan pantai wilayahnya, yang tidak melebihi 3 batu nautika dari garis air surut.


"Oleh yang demikian, Perjanjian Pembayaran Wang Tunai (Cash Payment Agreement) yang ditandatangani antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu memperuntukkan Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu boleh diberi pembayaran tunai sebanyak 5 peratus untuk petroleum yang didapati dan diperoleh (won and saved) di Kelantan dan Terengganu dalam jarak 3 batu nautika dari garis air surut.


"Namun, Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada negeri Kelantan dan Terengganu selama ini kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar 3 batu nautika dari garis air surut wilayah negeri Kelantan dan Terengganu," katanya ketika menjawab soalan bertulis dikemukakan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page