top of page

Sekat pendakwah suka menghukum - AMANAH Selangor



Oleh: Helmi Mohd Foad


Sikap terus menghukum tidak seharusnya ada dalam kelompok agamawan atau pendakwah, kata Pengerusi AMANAH Selangor.


Ir Izham Hashim berkata, pihaknya berasa gusar sekiranya perkara berkenaan terus berlaku dalam masyarakat dan akan menjadi barah yang boleh mencetuskan api keagamaan.


"Menghukum seseorang kerana adanya perbezaan yang dibenarkan syarak (khilaf) adalah sebahagian daripada budaya takfiri.


"Sepatutnya perbezaan pandangan diraikan dan dibincangkan ke arah mencari natijah yang lebih baik," katanya dalam hantaran di Facebook.


Beliau mengulas mengenai kenyataan seorang pendakwah di Terengganu yang dikatakan melempar dakwaan sesat terhadap Perdana Menteri baru baru ini berhubung kenyataan mengenai kisah Ashabul Kahfi.


Meskipun tidak menamakan pemimpin yang disebut dalam satu soalan daripada jemaah dalam satu siri kuliahnya, ia dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sedangkan Perdana Menteri tidak menyebut bahawa Pemuda Ashabul Kahfi beragama Kristian sebaliknya menyatakan mereka adalah golongan yang kuat iman.


Izham yang juga Exco Kerajaan Selangor berkata pihak kerajaan seharusnya menyekat mana-mana agamawan yang mencetuskan pemikiran suka menghukum seperti itu.


"Bukankah elok jika dipadam dahulu api kecil ini sebelum ianya menjadi api besar yang boleh memusnahkan negara ini," ujar beliau.


Pada pandangan Izham, pendakwah itu misalnya boleh saja menjawab soalan yang ditanya secara baik.


"Berkenaan soalan tersebut, saya perlu dengar dulu keseluruhan isi ucapan oleh pemimpin tersebut, jika terkhilaf insya-Allah saya akan menjawab berdasarkan ilmu yang saya ada.

"Tetapi tidak, beliau terus menghukum. Sesat dan jahil," katanya.


Kesannya, kata Izham, bukan kecil tetapi telah menjadi polemik ke seluruh negara.

Tambah beliau, perkara yang boleh dibahaskan secara ilmiah akhirnya menjadi bahan politik bagi pihak yang bertentangan.


"Perkara yang bukan qat’i (perkara bersifat tetap) yakni wujudnya khilaf di kalangan ulama tidak boleh dijadikan asas kepada perbalahan atau perpecahan di kalangan umat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page