top of page

Sejarah pengkhianatan: 'Jangan ada ‘Wu Sangui’ dalam kalangan kita'



Sejarah 2500 tahun tamadun China tidak lepas daripada mencatat pengkhianatan teragung dalam dinasti pemerintahan beraja di negara itu.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai, terdapat peristiwa pengkhianatan terbesar sepanjang zaman dalam sejarah China yang dilakukan oleh jeneral dari dinasti Ming, Wu Sangui (吳三桂) apabila beliau membuka pintu Tembok Besar untuk membenarkan pemberontak Manchu masuk ke kota dan istana pada tahun 1644.


Katanya, keputusan Wu Sangui didorong oleh dendam peribadinya yang mengakibatkan kemusnahan dinasti Ming dan digantikan dinasti Qing oleh penjajah Manchu.


Bagi Andre Lai, contoh pembelotan dalam sejarah politik Malaysia moden pula ialah Langkah Sheraton yang diketuai oleh Tan Sri Mahiadddin Yassin pada 2020 dengan menarik balik sokongan parti Bersatu daripada gabungan Pakatan Harapan dan membentuk kerajaan baharu dengan parti pembangkang utama.


"Langkah ini dilihat secara meluas sebagai pengkhianatan terhadap mandat rakyat dan rampasan kuasa terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi.


"‘Kerajaan Abah’ menghadapi kritikan, terutamanya semasa pengendalian wabak Covid-19 dan akhirnya tumbang pada 2021 dan diganti oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga tidak lama memerintah.


"Krisis politik Malaysia sejak 2020 itu menyaksikan pelantikan 4 Perdana Menteri dalam tempoh 5 tahun dan rakyat Malaysia mengalami kelesuan berdepan percaturan politik melampau," kata Andre Lai dalam satu kenyataan.


Oleh itu, kata beliau, usaha kelompok yang sama ketika ini untuk merancang sekali lagi pengkhianatan dan menukar kerajaan seharusnya ditentang oleh rakyat yang waras.


Katanya, 10 atau 15 Ahli Parlimen yang dispekulasikan akan meletak jawatan hanyalah untuk menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan dan mensabotaj usaha pemulihan ekonomi yang kian menampakkan hasil.


Propaganda itu juga kata Andre Lai, dibuat untuk mengurangkan keyakinan orang ramai kepada pentadbiran Datuk Seri Anwar menjelang Pilihan Raya Negeri di 6 negeri pada Julai ini.


"Dalam hal ini saya percaya Malaysia mempunyai pucuk pimpinan yang ideal, dengan barisan wakil rakyat yang cukup baik. Mereka bagaikan adiwira dalam filem dengan kemampuan luar biasa, bagaimanapun masih tidak mampu membentuk pasukan seperti ‘Justice League’ atau ‘Avengers’


"Di masa bergolak inilah wakil rakyat harus mengulangi ikrar kesetiaan kepada Perdana Menteri dan sepatutnya telah melakukan yang terbaik berkhidmat untuk pengundi kawasan masing-masing.


"Tidak dinafikan, sebagai penggubal undang di dewan undangan negeri atau parlimen, wakil rakyat memerlukan pengalaman dan kelayakan yang menyeluruh.


"Walau bagaimanapun, sejarah moden telah membuktikan bukan senang mendapatkan pemimpin yang mampu menyantuni penduduk.


"Pemimpin berpandangan jauh, sering merancang misi besar untuk ‘mencapai matahari dan bintang’, namun apa yang penting untuk pengundi di kawasan adalah isu komuniti yang remeh temeh di halaman mereka sendiri," katanya.


Manakala pengajaran daripada pengkhianatan Wu Sangui, kata Andre Lai, adalah oportunis dalam politik boleh menjadi ‘senjata makan tuan’.


Wu katanya, dalam pentadbiran dinasti Qing sentiasa mencari jalan pintas dengan mengorbankan orang lain demi kepentingan sendiri.


"Dalam saat-saat kehidupan akhirnya, Wu melancarkan pemberontakan terhadap Dinasti Qing (yang pernah didukungnya) tetapi gagal.


"Dalam sejarah purba China, Wu Sangui dikenali dalam sejarah sebagai pengkhianat terulung. Beliau terus kekal sehingga sejarah berulang dengan pertukaran regim pada 1911 melalui peristiwa ‘Kebangkitan Wuchang’.


"Ironinya, pemberontakan ini adalah gerakan ‘reformasi’ yang dimulakan oleh pelajar dan pekerja kereta api.


"Oleh itu, jangan sekali-kali ada Wu Sangui di kalangan kita," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page