top of page

Segerakan projek RM600 juta tebatan banjir di Johor

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 5, 2023
  • 2 min read


Projek tebatan banjir di Johor akan disegerakan bagi mengelak bencana banjir berulang pada masa hadapan.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan meninjau mangsa banjir di Segamat, Johor tengah hari tadi.


Menurut beliau, banjir yang berlaku saban tahun di kawasan yang sama memerlukan projek tebatan banjir bagi menghindarinya.


Mendengar taklimat banjir dari agensi kerajaan

"Kalau tidak lakukan yang serius (tebatan) ia akan berulang. Banjir bukan kali pertama, bertahun tahun. Di sini setahun 2 kali. Kita putuskan projek tebatan banjir RM600 juta akan disegerakan.


"Nanti kita lulus dan disegerakan. Projek tebatan banjir termasuk di Johor yang diluluskan harus semuanya beroperasi (mula dibina) bulan Jun tahun ini


"Selain itu ada Menteri Besar bangkitkan beberapa projek baru. Saya beritahu kalau boleh jimatkan beberapa bilion projek lama maka wang itu akan dipindahkan untuk projek baru. Setakat ini di Segamat, Kota Tinggi adalah kawasan yang berat dilanda banjir," katanya.


Anwar dalam sidang media itu berpuas hati dengan jumlah bantuan yang diberikan kerajaan pusat dan negeri untuk menangani masalah mangsa banjir dan bantuan pasca banjir ketika ini.


Katanya, banyak juga menteri telah turun untuk meninjau keadaan mangsa dan memberikan pertolongan segera di Pusat Pemindahan Sementara.


DS Anwar bertanya khabar mangsa banjir

"Saya datang meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh jabatan dan Kerajaan Negeri. Oleh pusat, TPM Zahid telah sampai, Dr Zaliha (Menteri Kesihatan) dan ramai telah turun beri bantuan kepada kawan kawan yang terpaksa berpindah dan mengalami kesusahan. Kita cuba kurangkan beban mereka.


"Saya diberi taklimat oleh kerajaan negeri MB Onn Hafiz, JKR, JPS. Kementerian Wilayah dan Desa, TPM Zahid umumkan bantuan RM10 juta NADMA, saya tambah RM50 juta sebahagiannya terus kapada mangsa," katanya.


Anwar turut memuji usaha agensi Kerajaan Negeri memberi bantuan segera mangsa banjir dengan baik, juga agensi Persekutuan terutama NADMA dan Jabatan kesihatan.


"Penyelarasan di Johor sangat baik, saya ucap terima kasih MB dan Kerajaan Negeri. Bila jumpa mangsa saya tanya makan macam mana, cukup Alhamdulliah. Kedua kesihatan, Jabatan Kesihatan pantau," katanya lagi.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page