Segerakan pakej ransangan ekonomi hadapi gelombang kedua Covid 19



Kerajaan Perikatan Nasional telah mengumumkan tiga pakej khas ransangan ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan.


Bagaimanapun menurut, Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, kesemua peruntukan pakej itu telah habis digunakan oleh rakyat tetapi ketika ini negara berhadapan gelombang kedua pandemik Covid 19, yang mana mungkin PKP dilaksanakan semula.


Sekiranya PKP tidak dilaksanakan di seluruh negara sebagaimana bulan Mac lalu, kata Ming Kai, PKP Diperketat akan melibatkan banyak kawasan kerana jangkitan Covid 19 yang meluas ketika ini.


"Negara amat memerlukan pelan ransangan ekonomi yang baharu, kalau ini tidak dilakukan dengan segera maka lebih banyak kilang akan memotong gaji pekerja disebabkan oleh kurang permintaan untuk barangan yang dihasilkan. Kuasa membeli rakyat juga mengalami kemerosotan (akibat PKPD)," katanya.


Beliau mengambil contoh ekonomi Kedah yang terjejas sewaktu beberapa kawasan dikenakan PKPD yang mengakibatkan rakyat sukar untuk bekerja dan aktiviti jualan runcit terjejas.


Sekiranya tiada pakej ransangan khas, sekurang-kurangnya untuk kawasan terjejas maka ekonomi rakyat di beberapa negeri akan merudum akibat pandemik Covid gelombang kedua.


"Dengan kembalinya wabak Covid-19, rakyat di Kedah misalnya mula mengikat perut. Ramai orang terutamanya warga emas tidak keluar rumah dan kurang orang makan di restoran ataupun membeli-belah di kedai. Ini sudah tentu melembabkan ekonomi negeri," katanya.


Kerajaan mungkin menggunakan pembentangan Belanjawan 2021 untuk memasukkan pakej ransangan khas. Namun ia akan mengambil masa sebulan dari sekarang, sedangkan banyak isi rumah telah terjejas teruk dalam jangka masa berkenaan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio