top of page

Segera projek kementerian, peruntukan sudah disalurkan - PM



Peruntukan untuk semua projek yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 sudah disalurkan kepada pelbagai kementerian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurutnya, langkah itu merupakan sejarah kerana buat pertama kali Perbendaharaan menyalurkan dana belanjawan pada bulan Januari berbanding menunggu selepas suku pertama tahun yang diamalkan sebelum ini.


Justeru tegasnya, beliau mahu setiap projek pembangunan yang diluluskan pada Belanjawan 2024 dimulakan segera .


"Isu yang kita bangkitkan dan diutarakan oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali), adalah memastikan projek yang diumumkan ketika Belanjawan 2024, tidak seharusnya tunggu seperti proses sebelum ini iaitu selepas suku pertama (tahun), ia harus dimulakan sekarang.


"Mengambil kira pencapaian rekod pelaksanaan projek pada 2023, untuk tahun ini kami mahu ia segera dilaksanakan dan ini bermakna, mereka (kementerian) boleh melaksanakan projek itu sekarang, tanpa perlu menunggu selepas suku pertama tahun terbabit," katanya dipetik dalam sidang media selepas Program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan 2024, semalam.


Ditanya mengenai hala tuju ekonomi negara bagi tahun ini, Anwar berkata, perkara paling utama adalah kestabilan politik diikuti dasar yang jelas.


Katanya, kerajaan juga sudah melaksanakan beberapa inisiatif dan program yang diperlu dikoordinasi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dan disusuli tindakan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).


"Ini menjadi aduan utama yang diutarakan oleh pelabur berpotensi dari China dan Amerika Syarikat (AS) dalam banyak pertemuan saya bersama mereka sebelum ini.


"Perkara ini boleh diselesaikan berdasarkan komitmen dan saya melihat keputusan yang positif daripadanya. Ia harus menjadi keutamaan," jelasnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page