top of page

Sedih Pas kekal pemimpin hina Sultan calon MB Kedah



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berasa sedih kerana Pas dalam kenyataan pada siang tadi masih mengekalkan Datuk Seri Sanusi Md Nor sebagai calon Menteri Besar Kedah.


Menurut beliau Pas boleh memilih calon lain. Atau sebagaimana di Kelantan MB dan timbalan dibayangkan akan ditukar.


"Saya berduka cita bila pimpinan Pas mengumumkan mengekal Sanusi Md Nor sebagai MB Kedah.


"Petang tadi saya menitis air mata kerana mereka (Pas) langsung tidak sensitif. Tiada keprihatinan terhadap negeri Kedah yang terpaksa menanggung malu besar kerana perbuatan Datuk Seri Sanusi.


"Saya hairan bagaimana pemimpin Pas boleh melantik orang yang menghina Sultan Selangor. Saya tak boleh fikir Pas mengekalan Sanusi yang hina Sultan Selangor dan sekali gus menconteng arang di muka Sultan Kedah," katanya dalam ceramah grand finale Jejalah Madani Kedah di Sungai Petani.


Oleh itu, kata beliau, tanggungjawab rakyat Kedah pada esok hari adalah untuk mengubah keadaan dengan mengalahkan PN di Kedah sekali gus Sanusi akan ditolak daripada menjadi MB.


"Kepada pengundi yang akan membuang undi esok. Sama ada kita nak memilih maruah diri, negeri, sultan atau kita memilih penjenayah yang melakukan penghinaan ke bawah duli Sultan Selangor dan mencontong arang ke muka Sultan Kedah.


"Esok kita keluar mengundi tolak politik kebencian, permusuhan yang kalau dibiarkan akan membawa pertumpahan darah dalam negara," katanya.


Bagi calon DUN Alor mengkudu itu, tanggungjawab rakyat Kedah esok adalah mulia kerana akan menyelamatkan negeri daripada terus diterajui oleh seorang yang mengubah tagline Kedah kepada yang tidak senonoh.


"Mari selamatkan negeri Kedah dan mengekalkan kedaulatan negeri Kedah. Negeri Kedah yang berdaulat di bawah naungan Tuanku Sultan. Kita yang harus menebus maruah tersebut, dan saya mohon seluruh pengundi jangan biarkan Sanusi dan PN menukar Kedah jelapang padi, Kedah hijau kuning kepada "Kedah kepala bapak hang"


"Menjadi tugas kita esok supaya menghalang jenama tersebut," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page