top of page

Sediakan modul 'celik kewangan' kepada kakitangan tidak berpencen



Cadangan penggantian skim pencen kepada pengambilan baharu kakitangan awam mulai tahun ini merupakan satu usaha yang baik dalam menangani masalah hutang negara yang menggunung tinggi.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, tindakan kerajaan itu amat bersesuaian apabila pembayaran pencen pada tahun ini sahaja memerlukan kewangan sebesar RM31 bilion dan akan meningkat terus untuk tahun tahun akan datang.


"Ini satu langkah yang sangat baik, pertama sekali dia akan mengurangkan tekanan fiskal negara, tekanan untuk membayar pencen dan sebagainya.


"Kedua bila lebih ramai penjawat awam bertukar kepada sistem KWSP ia akan memberi sokongan kepada instrument pelaburan seperti saham amanah dan sebagainya untuk satu peluang menambah wang persaraan.


"Itu satu perkara yang baik kepada industri saham amanah," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, Ahmad Nadir menyarankan agar Kerajaan Madani memberikan pemahaman atau kesedaran kepada kakitangan awam bagaimana untuk menghadapi atau menabung buat hari tua mereka apabila tidak lagi berada di bawah skim pencen.


"Jangka panjang, perlu dilihat kepada penekanan pengurusan persaraan yang lebih efektif dan sustainable. Cadangan saya, kerajaan perlu meneliti dan bersedia untuk modul celik kewangan kepada kakitangan awam apabila tiada pencen.


"Bagaimana untuk survive dalam keadaan tiada pencen dan pendidikan menggunakan duit KWSP selepas umur persaraan," katanya lagi.


Kerajaan dijangka akan memuktamadkan cadangan menggantikan pencen dengan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dalam waktu terdekat, untuk kemudian membahaskan perkara berkenaan di Dewan Rakyat pada sesi hujung Februari sekiranya memerlukan pindaan undang undang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page