top of page

Sedia bincang FLYSiswa untuk pengangkutan darat Semenanjung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 6
  • 1 min read


Kerajaan MADANI bersedia membincangkan cadangan memperluas pemberian subsidi tiket membabitkan pengangkutan darat kepada mahasiswa di universiti tempatan khusus di Semenanjung.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan mewujudkan inisiatif FLYSiswa kepada pelajar untuk penerbangan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi meringankan beban mereka memandangkan harga tiket penerbangan kebiasaannya melonjak pada musim perayaan.


"Mengenai FLYSiswa di Semenanjung, saya akan bincang dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke), mungkin untuk kawasan tertentu kita boleh bincangkan pelaksanaannya," katanya dipetik pada Program Temu Anwar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Shah Alam pada Isnin.


Anwar berkata begitu sebagai mengulas cadangan seorang peserta supaya inisiatif itu diperluaskan.


Inisiatif FLYSiwa adalah bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.


Semenjak diperkenal pada 2023 hingga 10 Disember lalu, seramai 74,500 orang pelajar (73 peratus) daripada keseluruhan 102,150 pelajar yang layak telah menerima manfaat daripada bantuan subsidi tiket penerbangan ini.


Ia merangkumi 37,551 (75 peratus) daripada 50,095 pada tahun 2023 dan 36,949 pelajar atau 71 peratus daripada keseluruhan 52,055 pelajar sehingga 10 Disember 2024, telah menebus baucar digital masing-masing dengan syarikat-syarikat penerbangan negara.


Bermula tahun ini, kerajaan bersetuju menaikkan jumlah subsidi kepada RM400 seorang berbanding RM300 sebelum ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page