top of page

Sebulan selepas MoU: Hanya 1/3 perkara dijanji akan dilaksanakan oleh kerajaan



Memorandum kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang ditandatangani pada 13 September lalu seolah-olah 'tersangkut' tanpa komitmen untuk menggerakkan perkara-perkara seterusnya yang dipersetujui.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, daripada 18 perkara yang dipersetujui hanya 1/3 sahaja sehingga kini telah dijanji akan dilakukan oleh pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Kerajaan Masih membisu tentang lain-lain perkara yang telah dipersetujui. Dalam hal MoU ini kerajaanlah pihak yang memikul tanggangjawab untuk melaksanakan perkara-perkara yang telah dipersetujui kerana kerajaan adalah badan Eksekutif iaitu badan pelaksana.


"Sebagai balasan kepada perlaksanaan perkara-perkara yang dipersetujui, maka PH atas janji mewujudkan kestabilan politik komited untuk membantu Kerajaan meluluskan rang undang-undang Belanjawan 2022 di Parlimen, dan tidak mencabar keabsahan majoriti Perdana Menteri Ismail Sabri di Dewan Rakyat.


"Tetapi Kerajaan seperti tidak serius dalam usaha melaksanakan keputusan MoU tersebut," katanya kepada suara Keadilan.


Hal tersebut, jelas Hassan telah pun diutarakan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sdiang Parlimen minggu lalu yang menyatakan teguran ikhlasnya tentang perlaksanaan MoU yang kelihatan sengaja dilambat-lambatkan.


"Saya ingin mengingatkan berkenaan MoU antara Kerajaan dengan PH, faktor masa adalah intipati kepada Memorandum Persefahaman tersebut. Ini adalah kerana ketetapan 18 perkara yang telah dipersetujui perlu selesai dilaksanakan menurut jadual yang telah ditetapkan.


"Dalam perkara ini saya mencadangkan supaya Jawatankuasa Pemandu Antara Kerajaan dan PH lebih kerap bermesyuarat, sekurang-kurangnya sekali seminggu, bukan seperti sekarang bermesyuarat sekali dalam dua minggu.


"Antara Perkara yang dipersetujui dalam MoU tersebut ialah Kerajaan hendaklah menjamin kebebasan Institusi Kehakiman di negara ini. Terma MoU ini cantik di atas kertas tetapi realiti sebenar apa yang berlaku amat mengecewakan," katanya.


Justeru, bagi Hassan persepsi rakyat bahawa MoU tersebut sengaja dilambatkan bagi membebaskan kluster mahkamah dalam kalangan pemimpin Umno adalah sesuatu yang membimbangkan dan PH, katanya tidak akan berkompromi mengenai perjalanan undang-undang.


"Setiausaha Agung Umno, yang juga Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan telah dibebaskan dari pertuduhan jenayah Rasuah dan Pelupusan Wang Haram (anti money laundering).


"Tidak ada penjelasan dari Peguam Negara atau Perdana Menteri dalam isu pembebasan berkenaan. Pembebasan itu menimbulkan kebimbangan.


"Adakah MoU sengaja dilambat-lambatkan oleh Kerajaan yang diterajui oleh Umno untuk membebaskan satu demi satu Ahli-Ahli Parlimen Umno dari kluster mahkamah sebelum Pilihan Raya Umum ke 15?" tanyanya lagi.


MoU dipersoalkan apabila pihak kerajaan tidak mengumumkan pelaksaaan sebarang janji pada minggu lalu selepas mengumumkan untuk menunaikan 6 janji pada minggu sebelumnya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page