top of page

Sebar senarai palsu MP tarik sokongan tindakan terdesak - Yuneswaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Tindakan segelintir pihak menyebarkan senarai kononnya sejumlah Ahli Parlimen (MP) menarik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bertujuan untuk mencetuskan ketidakstabilan politik negara.


Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran berkata mesej palsu tersebut langsung tidak berasas selain menunjukkan terdapat unsur terdesak pihak tertentu.


"Penyebaran senarai yang mendakwa beberapa Ahli Parlimen KEADILAN telah menarik balik sokongan mereka terhadap Perdana Menteri adalah satu tindakan politik yang berniat jahat dan tidak berasas sama sekali.


"Apa yang digelar sebagai "berita tergempar" ini jelas bertujuan mencetuskan ketidakstabilan, menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat, dan mencemarkan perpaduan kerajaan semasa," kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim telah menafikan khabar angin tersebut dengan menyifatkannya sebagai "langsung tidak berasas" dan "fitnah yang disengajakan oleh pihak tidak bertanggungjawab."


Beberapa Ahli Parlimen lain yang turut dinamakan dalam mesej tersebut juga telah tampil menafikan dakwaan tersebut.


Yuneswaran berkata khabar angin itu jelas disebarkan oleh pihak yang tidak berpuas hati termasuk individu yang cemburu dengan pencapaian kerajaan dan terdesak untuk kekal relevan dalam arena politik.


"Daripada mengemukakan dasar alternatif yang bernas atau kritikan yang membina, mereka memilih taktik lapuk seperti penipuan dan perpecahan," ujar beliau.


Tambahnya taktik seperti itu bukan perkara baharu malah setiap kali kerajaan menunjukkan kekuatan dan mendapat kepercayaan rakyat, pasti ada pihak yang cuba menggagalkan kemajuan melalui maklumat palsu.


"Mereka mengambil kesempatan daripada proses dalaman parti seperti pemilihan KEADILAN yang baru-baru ini serta pengunduran secara sukarela dua menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk mencipta gambaran palsu kononnya wujud krisis dalaman yang hakikatnya tidak pernah berlaku," kata Yuneswaran.


Sebaliknya kata beliau kerajaan sekarang kekal utuh, fokus dan komited untuk berkhidmat kepada rakyat.


Jelas beliau Perdana Menteri masih mendapat keyakinan majoriti dan dakwaan yang bertentangan adalah sebahagian daripada naratif rekaan golongan yang tidak dapat menerima kejayaan dan keberkesanan kerajaan.


"Rakyat tidak seharusnya mudah terpedaya. Apa yang diinginkan rakyat Malaysia ialah kepimpinan yang stabil, kemajuan ekonomi dan reformasi institusi, bukan lagi kekacauan yang disemarakkan oleh spekulasi tidak berasas di media sosial," katanya.


Untuk rekod, penarikan sokongan sehingga memaksa perdana menteri meletak jawatan sebagaimana berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan 1.0 pada 2020 lalu mustahil berlaku pada waktu telah wujudnya Akta Anti Lompat Parti yang menyebabkan kerusi Ahli Parlimen tersebut akan kosong dan perlu dilakukan pilihanraya semula sekiranya menarik sokongan dan bergabung dengan parti lain membentu kerajaan baharu.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page