top of page

Sebanyak 17% penduduk Selangor terima 2 dos vaksin Covid 19

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 24, 2021
  • 1 min read

ree

Selangor mencatat perkembangan positif apabila seramai 17% penduduk negeri itu atau 799,000 daripada 6 juta populasinya telah mendapat 2 dos vaksin Covid 19.


Menteri Besar Selangor, datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 3.21 juta dos vaksin telah diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


"Daripada jumlah itu, 2.41 juta individu atau 50.8 peratus telah menerima dos pertama.


"Seramai 97,367 orang pula disuntik bagi program Selangor Vaksin (Selvax)," katanya melalui catatan di Facebook.


Pada 16 Julai lalu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri akan berusaha memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada semua warga Selangor yang telah mendaftar, menjelang 1 Ogos.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page