top of page

SEANGKATAN namakan calon pimpinan MPAMK Zon Tengah



Gabungan calon calon Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang menamakan diri mereka SEANGKATAN malam tadi mengumumkan nama nama calon bagi Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) Zon Tengah.


Dalam majlis yang disekalikan dengan pelancaran SEANGKATAN itu, calon Ketua AMK, Adam Adli mengumumkan lima nama sebagai calon pimpinan MPAMK.


"Pada 11 April lalu, saya Adam Adli dan Kamil Munim bersama beberapa rakan-rakan yang lain telah mengemukakan hasrat kami untuk turut serta dalam Pemilihan KEADILAN 2022, sekaligus menawarkan diri kami untuk bertanding jawatan-jawatan AMK Malaysia untuk penggal 2022-2025.


"Setelah meneliti dan melalui proses musyawarah bersama pimpinan-pimpinan AMK di peringkat Zon Tengah, kami SEANGKATAN telah bersetuju untuk menamakan 5 calon sebagai Calon MPAMK SEANGKATAN Zon Tengah bagi sesi pemilihan kali ini," katanya.


Lima pimpinan AMK yang terpilih itu ialah Syafiq Iqmal (Selangor), Harith Radzlan (Selangor), Ng Yih Miin @ Bryan (Selangor), Marina Ghani ( Selangor) dan Farah Ariana (Wilayah Persekutuan).


Menurut Adam lagi, setiap calon yang dinamakan terbabit mempunyai latar belakang kemahiran yang berbeza dan layak untuk memimpin AMK.


"Kami percaya dan yakin calon-calon ini mempunyai kelebihan yang bakal memberi impak dan menambah baik dinamik pasukan SEANGKATAN.


"Dinamik ini penting seiring dengan fokus kami untuk memperkenalkan wajah serta bakat-bakat baru bagi mengemudi AMK untuk penggal 2022-2025," katanya lagi.


Dalam majlis itu juga SEANGKATAN mengumumkan 5 teras dalam menggalas cabaran pemilihan KEADILAN 2022:


i) Pengukuhan kebersamaan, kesepakatan dan kesatuan dalam parti. SEANGKATAN akan menumpukan usaha untuk mengukuhkan hubungan antara anggota parti menerusi pembudayaan ketertiban, pembawaan budaya politik hormat dan mendahulukan semangat setia kawan dalam setiap keputusan.


ii) Pemantapan organisasi, kepimpinan dan institusi AMK. SEANGKATAN percaya organisasi yang berlatarbelakangkan individu daripada pelbagai bidang dan kemahiran akan mewujudkan dinamik dan persaingan yang sihat. Budaya pengkaderan adalah salah satu pendekatan yang perlu dijadikan fokus utama parti dalam membina barisanpelapis parti pada masa akan datang.


iii) Pembaharuan tekad, tawaran dan idealisme buat kaum muda. SEANGKATAN konsisten dalam memperjuangkan isu-isu rakyat yang berkait rapat dengan anak muda dan masa depan Malaysia. Akan mewujudkan inisiatif dan ikhtiar, antaranya dalam menangani isu kos sara hidup yang tinggi, gaji minima dan isu perubahan iklim.


iv) Pendekatan baharu dalam membawa politik dasar dan khidmat masyarakat. SEANGKATAN tekad untuk menjadikan politik dasar sebagai keutamaan dalam perjuangan yang dibawa serta menekankan aspek kemasyarakatan agar budaya politik khidmat dapat diteruskan.


v) Persediaan menyeluruh mendepani pilihan raya umum dan cabaran mendatang. SEANGKATAN komited dan bersiap siaga untuk memastikan kekuatan jentera parti terutamanya daripada sayap Angkatan Muda KEADILAN adalah kukuh dalam menghadapi pilihan raya akan datang.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page