top of page

SC lepaskan Azam, JPA sepatutnya bertindak - Zahir Hassan



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah dilepaskan oleh Suruhanjaya Seluriti (SC) dalam kenyataan mereka "tidak dapat membuktikan" Azam telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(4) SICDA.


Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama yang berfaedah pemilik atau penama yang diberi kuasa.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, terdapat duluan dalam kes yang sama apabila seorang rakyat biasa telah dikompaun sebanyak RM25,000 oleh SC atas kesalahan di bawah seksyen 25(4).


"Kes ini melibatkan penama Surinder Kaur Jessy pada tahun 2007 yang membenarkan Kanesan Vellupillai berdagang menggunakan akaun CDS beliau.


"Ajaib bila SC tidak dapat membuktikan kesalahan Azam Baki sementelahan beliau sendiri sudah terang-terangan mengaku adiknya menggunakan akaun CDS miliknya.


"Apa yang berbeza di antara kes Azam Baki dan Surinder Kaur Jessy?" tanyanya.


Oleh itu, menurut Zahir lagi, kerajaan sukar menepis persepsi awam yang mendakwa Azam Baki telah dilindungi di atas pelbagai alasan.


Cuma, katanya, selepas Azam dibebaskan oleh SC rakyat menantikan kenyataan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memandangkan Azam Baki merupakan seorang pejawat awam.


Jelasnya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, perenggan 23 terang terangan menyebut seorang pegawai boleh membeli saham tertakluk kepada syarat tidak melebihi 5% atau RM100,000 pada nilai semasa.


"Apabila SC tidak dapat membuktikan kesalahan Azam Baki di bawah Seksyen 25(4) SICDA, bermakna beliau telah membeli saham di atas namanya sendiri. Bermaksud, jika tidak terjerat di SC, sepatutnya Azam Baki terjerat di SPA/JPA.


"Nilai semasa saham semasa beliau membelinya adalah berjumlah RM330,000 seperti yang telah dimaklumkan oleh Menteri Undang-Undang. RM330,000 tentunya lebih besar daripada RM100,000!


"Kes ini jika terjadi kepada rakyat biasa, ianya "straight to the point", atau "caught red handed". Namun, memandangkan ianya terjadi di kalangan VVIP rakyat tidak menaruh harapan tinggi kes ini boleh mendapat pengakhiran yang selayaknya," sinis beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page