Saya setia dengan Anwar, tiada niat tinggalkan KEADILAN - Kenny Chua


Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Kenny Chua tampil menolak dakwaan bahawa beliau sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).


Sebaliknya, ADUN Inanam itu menegaskan beliau tidak terlibat dengan sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Sabah sekali gus menyatakan kesetiaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti KEADILAN.


"Memang saya ada tandatangan SD, tapi ia untuk Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sebagai tanda sokongan kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Warisan, bukan untuk mana-mana pihak lain.


"Saya setia kepada Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim dan tiada niat untuk keluar parti," katanya seperti dilaporkan FMT.


Ketika ini, terdapat cubaan daripada PN untuk mengambil alih kerajaan Sabah dengan menawarkan pelbagai tawaran lumayan kepada wakil rakyat PH di negeri itu.


DAP Sabah mendedahkan hampir semua ADUN dari parti itu menerima tawaran dari seorang ejen, termasuk ADUN Elopura, Calvin Chong sehingga beliau terpaksa membuat laporan polis kerana menganggap ia sebagai menganggu ketenteraman diri dan keluarganya.


Malah, beberapa ADUN dari Warisan juga menerima tawaran iaitu ADUN Moyog, Jenifer Lasimbang, ADUN Tandek, Anita Baranting, ADUN Tanjung Kapor, Ben Chong dan ADUN Gum Gum, Arunarnsin Taib.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio