top of page

'Saya selesai disuntik vaksin, jangan berlengah daftar MySejahtera' - Anwar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Mar 16, 2021
1 min read


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menerima suntikan vaksin Covid 19 di di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini.


Beliau menyeru agar rakyat segera mendaftarkan diri untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera bagi membentuk 80% imunisasi kelompok (herd immunity).


"Saya telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur.


"Terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat serta kerjasama baik yang diberikan sepanjang proses berlangsung.


"Saya menggesa rakyat untuk segera mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan jangan berlengah," katanya dalam catatan di Facebook.


Presiden KEADILAN itu juga menekankan perlunya seramai mungkin rakyat divaksinasi bagi membolehkan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula dan memulihkan daya saing negara.


"Saya juga harap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita," katanya lagi.


Selain itu, Anwar turut mencadangkan agar proses pendaftaran mengambil vaksin dipermudahkan, memandangkan prosidur sedia ada terlalu rumit dengan borang dan semakan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page