Di sebalik pengkhianatan Daroyah Alwi, Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Datuk Ezam Mohd Noor mengumumkan untuk kembali bersama KEADILAN.
Beliau berkata, sudah pun menghantar borang keahlian dan menunggu pengesahan secara rasmi.
Dalam ucapannya sempena pelancaran Gerakan Reformasi 98 di Pusat Khidmat Rakyat DUN Hulu Kinta, Ezam berhasrat untuk kembali kepada KEADILAN bagi menghentikan segala pergolakan yang timbul dalam parti disebabkan pengkhianatan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.
Walaupun Ezam sendiri pernah keluar dari KEADILAN kerana tidak sehaluan dengan Azmin Ali, beliau merasakan perjuangan Reformasi perlu dipertahankan terutamanya selepas berlaku Langkah Sheraton.
"Komitmen saya adalah untuk memadamkan serangan-serangan kecil mengganggu perjalanan KEADILAN dan saya memilih untuk kembali ke Petaling Jaya kerana di situlah bermula sumpah keramat parti iaitu di Taman Medan.
"Saya harap ia akan memberikan kesan kepada teman-teman untuk kembali bangkit," katanya dipetik.
Pada masa sama, Ezam mahu KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) terus kukuh di Selangor walaupun diancam pihak tertentu ketika ini.
"Kerajaan Selangor perlu dipertahankan kerana ia merupakan tonggak penting kepada parti.
"Jadi saya berikrar akan membantu parti dan memperkukuhkan KEADILAN Selangor." katanya.
terbaeek sdra ezam.