top of page

'Saya akan terus pertahan mandat pengundi DUN Bukit Batu' - Chiong Sen Sern

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jun 15, 2022
  • 1 min read


Keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memihak kepada calon KEADILAN DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern hari ini mengukuhkan semangat untuk beliau mempertahankan mandat rakyat di kawasan itu.


Menurut Arthur, beliau telah pun memulakan gerak kerja berkhidmat kepada rakyat di DUN Bukit Batu sebaik sahaja diisytiharkan sebagai pemenang, dan berharap akan meneruskan perkhidmatannya sepanjang penggal.


"Setelah diumum sebagai pemenang di kerusi DUN Bukit Batu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya saya telah mulakan gerak kerja sebagai wakil rakyat kerana saya percaya rakyat memberi mandat kepada saya untuk menyelesaikan masalah serta menyuarakan suara hati mereka di dalam dewan.


"Saya juga difahamkan walaupun Mahkamah Pilihan Raya telah membuat keputusan pada hari ini, tapi mengikut undang-undang sedia ada, pihak sebelah sana masih boleh membuat rayuan.


"Saya ingin menegaskan, saya akan terus mempertahankan mandat yang telah diberi oleh pengundi Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri Johor yang lalu," katanya.


Dalam pada itu, Arthur turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan peguam dari Biro Guaman Jabatan Pilihan Raya KEADILAN yang telah bersungguh sungguh membelanya.


"Mahkamah Pilihan Raya telah memutuskan menerima bantahan-bantahan awal yang dikemukakan oleh barisan peguam saya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan seterusnya membatalkan Petisyen Pilihan Raya Bukit Batu.


"Oleh itu, saya ingin mengucap terima kasih kepada barisan penguam yang terdiri daripada Manivanan Gowin, Adi Zulkarnian Zulkafli, Lau Yi Leong, Adly Zulfadhly Zulkefly dan Tan Wye Nye.


"Untuk berapa bulan ini mereka telah bertungkus lumus mengurus kes ini," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page