top of page

Satira politik pemimpin Pas Selangor: AMK buat laporan polis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 26
  • 2 min read

Updated: Jun 28


AMK Pusat dan Selangor turun membuat laporan polis ke atas pemimpin Pas Sungai Buloh
AMK Pusat dan Selangor turun membuat laporan polis ke atas pemimpin Pas Sungai Buloh

Hantaran di media sosial yang didakwa 'satira' politik tetapi mengaitkan gambar pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbangsa Cina tidak boleh dianggap remeh.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Izuan Ahmad Kasim hari ini tampil bersama AMK Selangor membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh.


Menurut Izuan, hantaran tersebut didakwa seolah olah merendahkan pegawai tentera berbangsa Cina yang dinaikkan pangkat dan mengaitkannya pula dengan politik. Sedangkan, katanya, ATM dianggotai oleh pelbagai bangsa.


"Yang mana pencapaian terbaru (pegawai ATM dinaikkan pangkat), jawatan tersebut untuk pertamanya dipangku oleh mereka yang bukan orang Melayu atau (lebih tepat) bangsa Cina.


"Kita tengok di Malaysia tentera bukan hanya khas kepada bangsa Melayu, ada rakan kita yang bangsa Cina dan India turut bersama mempertahankan negara Malaysia.


"Dia (pemimpin Pas) buat penafian gambar sekadar hiasan (diletakkan di bawah hantaran), jadi posting itu untuk apa?" tanyanya.


Sehubungan itu, Izuan menyeru warga ATM untuk melihat sendiri sifat pemimpin pembangkang yang sering memainkan isu berasaskan kaum.


Sedangkan, katanya, tentera yang mempertahankan negara tanpa mengira bangsa akan terkena peluru yang sama, dan pengorbanan mereka wajib disanjungi.


"Ramai yang sebut apabila mempertahankan negara peluru tidak mengira bangsa. Kalau kena, bukan kira bangsa, kulit, agama. Untuk pertahan negara sama sahaja.


"Jadi saya terpanggil bersama rakan rakan AMK untuk buat report polis," katanya lagi.


Semalam, YDP Pas Sungai Buloh telah memuat naik hantaran berbentuk 'satira' di media sosial yang membayangkan kemungkinan pelantikan seorang Perdana Menteri berketurunan Cina menjelang tahun 2058.


Di bawah ayat yang didakwa satira itu, dikepilkan gambar pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng sebagai pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pertama daripada kaum Cina.


Untuk rekod, Johnny Lim kini memegang jawatan sebagai Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN) dan telah berkhidmat dalam ATM selama 41 tahun.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page