top of page

Sasaran 27.3 juta pelancong, nikmat melimpah kepada rakyat Malaysia



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Malaysia dijangka akan terus menjadi tumpuan kehadiran pelancong-pelancong asing bagi tahun 2024.


Jika tahun lepas, kedatangan pelancong adalah seramai 20 juta, sasaran bagi tahun ini ialah 27.3 juta orang.


Semua itu berjaya dicapai berikutan pihak yang bertanggungjawab mempromosi negara ini tidak henti-henti berusaha ke arah sasaran tersebut.


Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghafar dalam kenyataan baru baru ini amat yakin sasaran 27.3 juta itu akan berjaya dicapai berdasarkan beberapa usaha yang dilakukan pihak beliau.


Pelbagai cara tarik pelancong


Jelasnya lagi, melalui pemberian Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa - Sewa Khas kepada syarikat penerbangan, Pelan Liberalisasi Visa dan promosi pelancongan di luar negara, sasaran 27.3 juta diyakini boleh dicapai bagi tahun ini.


"Apa lagi berdasarkan pencapaian tahun lalu, di sebalik sasaran kita adalah 19.1 juta, tetapi pelancong yang datang berjumlah 20 juta," katanya.


Selain itu, tambah Dr Ammar, pihaknya turut menggalakkan lebih banyak penerbangan sewa khas datang ke Malaysia, di samping pertambahan laluan baru dan kekerapan penerbangan yang lebih banyak bagi mencapai sasaran yang diimpikan.


"Sebab itu kita berharap dengan adanya insentif Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa - Sewa Khas yang kita berikan kepada syarikat-syarikat penerbangan, kita akan mendapat lebih banyak penerbangan sewa khas datang ke Malaysia, bukan sahaja ke Kuala Lumpur, tetapi juga ke Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Tawau," ujar beliau.


Bercakap kepada media selepas mengiringi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Tiong King Sing menyambut ketibaan pelancong sulung Malaysia Airlines bagi laluan Kuala Lumpur - Shenyang di Taoxian International Airport, Shenyang, China, Dr Ammar bagaimanapun berkata, pemberian geran itu tertakluk kepada beberapa syarat, antaranya kekerapan penerbangan, pertambahan laluan baru dan penggunaan penerbangan sewa khas.


"Mana-mana syarikat penerbangan yang ingin menambah kekerapan penerbangan, seperti daripada dua kali kepada empat kali seminggu, kita juga memberi insentif kepada mereka.


"Kita akan berusaha tambah lagi program yang kita ada untuk penerbangan sewa khas ini kerana ia memberi kesan yang positif dari segi kedatangan pelancong," ujar Dr Ammar.


Lebih banyak penerbangan khas


Dr Ammar juga memaklumkan, daripada Januari sehingga kini, kira-kira 40 penerbangan sewa khas direkodkan telah datang ke Malaysia.


Berkenaan program Liberalisasi Visa, beliau berkata, bermula 1 Disember lepas, kerajaan telah membenarkan kemasukan tanpa visa pelancong China dan India, sekaligus melonjakkan kedatangan pelancong daripada China.


Pokoknya, lagi ramai pelancong datang ke negara kita, lagi banyak wang dari luar mencurah ke negara ini dan akhirnya, selain negara, rakyat dalam pelbagai bidang turut memperolehi nikmat yang melimpah daripadanya.


Oleh itu marilah kita bersama-sama membantu membina Malaysia melalui peranan masing-masing.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


*Kredit foto

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page