top of page

Sasar semula subsidi penternak ayam telur bina reban 'closed house' - Sim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 2
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan disaran agar menyasarkan semula peruntukan subsidi telur ayam kepada golongan penternak industri penelur dan penternak ayam bertujuan menaik taraf reban kepada sistem 'closed house' yang lengkap dengan ciri-ciri biosekuriti moden.


Cadangan itu disuarakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang mengatakan ketika ini majoriti pemain industri masih menggunakan sistem 'open house' atau 'semi closed house' yang lebih mudah terdedah kepada ancaman penyakit seperti selsema burung.


''Kaedah penternakan seperti itu turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan masalah serangga seperti lalat di kawasan berhampiran.


''Justeru, transformasi teknologi penternakan ke arah sistem yang lebih moden dan mampan amat diperlukan,'' katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, mantan Timbalan Menteri Pertanian era Kerajaan Pakatan harapan 1.0 itu menegaskan dakwaan pembangkang berhubung isu kenaikan harga telur adalah tidak berasas dan bersifat populis.


Beliau berkata, dakwaan sedemikian merupakan taktik lapuk yang sering dimainkan oleh mereka.


''Realitinya mereka tidak memahami asas ekonomi mahupun selok-belok industri penternakan serta keperluan sekuriti makanan negara dalam jangka panjang.


''Sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian, saya memahami keperluan mendesak untuk meningkatkan keupayaan teknologi dan daya saing industri penternakan negara.


''Justeru, saya menyeru agar kerajaan menyalurkan semula perbelanjaan subsidi ke arah pembangunan industri yang lebih moden, efisien dan berdaya tahan.


''Langkah itu bukan sahaja menjamin sekuriti makanan negara, malah memperkukuh rantaian bekalan domestik serta meningkatkan pendapatan para penternak secara mampan,'' ujarnya lagi.


Susulan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi telur daripada 10 sen kepada 5 sen bermula 1 Mei lalu, dan seterusnya menghentikan sepenuhnya subsidi itu mulai 1 Ogos 2025, beliau memuji langkah berkenaan.


Tze Tzin menyifatkan, langkah itu merupakan satu keputusan bijak dan dilaksanakan pada masa yang tepat dan bersifat strategik.


Ujar beliau, subsidi telur mula diperkenalkan pada 2022 susulan lonjakan harga yang melampau ketika itu.


''Namun selepas tiga tahun, pengeluaran telur telah stabil dan harga pasaran telah kembali ke paras rendah.


''Malah, harga telur mencatatkan serendah RM5.99 sepapan pada bulan lalu,'' katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page