top of page

Sarawak jadi tuan rumah sambutan HAWANA 2024



Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan hadir memeriahkan sambutan itu yang dijadualkan pada 27 Mei ini.


"Keputusan pemilihan Sarawak ini sudah diputuskan dalam mesyuarat pasca kabinet semalam dan ia sebenarnya bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang mahukan HAWANA 2024 diadakan di negeri itu dalam ucapannya pada sambutan HAWANA 2023 di Ipoh, Perak tahun lepas.


"Bagaimanapun, lokasi sebenar di Sarawak bagi penganjuran HAWANA 2024 itu akan diputuskan kemudian.


"Kementerian akan mengadakan perbincangan termasuk dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk tentukan beberapa perkara," katanya dipetik.


Terdahulu Fahmi menziarahi bekas editor RTM Sahbudin Abdullah, 73, yang menghidap penyakit jantung dan kencing manis, di kediamannya di Cheras.


Dalam pertemuan itu Fahmi turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada Sahbudin.


Tabung Kasih@HAWANA bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.


Ia merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan dilaksanakan Bernama sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page