top of page

SARA RM100, STR dibayar sebelum Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

DS Anwar mengumumkan bantuan SARA dalam Perhimpunan Bulanan PM bersama warga JPM
DS Anwar mengumumkan bantuan SARA dalam Perhimpunan Bulanan PM bersama warga JPM

Oleh: Akmal Manaf


Pembayaran Sumbangan Asas Rahman (SARA) sebanyak RM100 secara sekali bayar (one off) kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri (PM) berkata, bantuan berkenaan adalah sebagai persiapan untuk 22 juta rakyat bagi meraikan Tahun Baharu Cina dan kedatangan bulan Ramadan.


"Bantuan ini dikreditkan pada 9 Februari bagi maksud persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina," katanya dalam ucaptama Perhimpunan Bulanan PM bersama warga Jabatan Perdana Menteri dan Amanat Tahun 2026 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri di Putrajaya hari ini.


Untuk rekod, sambutan Tahun Baharu Cina jatuh pada 17 Februari ini manakala Hari Raya Aidilfitri pula jatuh pada 21 Mac 2026.


Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memaklumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu iaitu berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari ini.


Pengumuman tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan kos sara hidup dan memastikan bantuan sampai tepat kepada golongan berpendapatan rendah serta mereka yang layak.


Perdana Menteri menekankan kerajaan komited untuk menguruskan semua program bantuan secara telus, teratur, dan berkesan.


Kerajaan juga mahu penerima memanfaatkan bantuan SARA, STR, dan ‘One-Off’ RM100 itu dengan sebaik mungkin, sambil memastikan proses pengkreditan berjalan lancar tanpa gangguan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page