top of page

Sany Hamzan optimis BN kekal di DUN Pelangai



Pengarah Mobilisasi Amanah Sany Hamzan yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan kekal di bawah Kerajaan Perpaduan dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.


Jelasnya, keyakinan itu dizahirkan susulan daripada kerja kuat yang ditunjukkan oleh jentera PH-BN sepanjang 14 hari berkempen.


"Sepanjang 14 hari berkempen, kerjasama pimpinan PH-BN ini sangat kukuh dan kuat.


"Ramai pemimpin PH sendiri yang turun berkampung sehingga ke hari ini bagi memberi sokongan kepada calon BN.


"Sebab itu saya yakin kita boleh menang dengan majoriti yang lebih besar daripada PRU15," katanya yang ditemui pada hari terakhir kempen di DUN Pelangai.


Untuk rekod pada pilihanraya lalu, Barisan Nasional menang selesa dengan majoriti 4,048 undi menewaskan seterunya, sekali gus memberi kelebihan besar untuk mengekalkan kemenangan itu jika digabung dengan pengundi PH.


Justeru itu, Ahli Parlimen Hulu Langat berkenaan mengingatkan pengundi Pelangai untuk kekal memilih calon Perpaduan bagi memastikan kemenangan yang selesa buat BN.


"Sokongan daripada penduduk Pelangai setakat ini amat memberangsangkan tetapi untuk pastikan kemenangan yang selesa saya harap pengundi tidak fikir panjang untuk pilih sahaja calon kita (BN)," ujarnya.


Pada 7 Oktober ini, Datuk Amizar Abu Adam (BN) berdepan saingan tiga penjuru dengan menentang calon PN, Kasim Samat atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.


PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor, Ogos lepas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page