top of page

Sanusi dicabar namakan lelaki China ditahan curi nadir bumi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 17, 2023
  • 2 min read


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor dicabar untuk mendedahkan nama dan identiti lelaki warganegara China yang ditahan pihak polis kerana mencuri mineral nadir bumi baru baru ini.


Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, oleh kerana Sanusi pintar dalam menjawab pendedahan beliau sebelumnya maka beliau akan terus mendedahkan dari semasa ke semasa skandal nadir bumi yang melibatkan kerajaan Kedah.


"Saya katakan kepada Sanusi benar nadir bumi dijumpai di Kedah. Benar Sanusi sebagai MB telah meluluskan sejumlah lesen tetapi itu lesen meneroka, bukan lesen melombong


"Lombong bijih itu nak eksport ke mana kerana kita tidak pernah keluarkan lesen eksport. Isu dia situ. Tak ada siapa pun termasuk Pengarah Tanah dan Galian boleh nafikan ada surat kompaun dihantar kepada Menteri Besar Incorporated (MBI).


"Surat kompaun itu benar benar wujud bukan dongeng. Cerita siapa curi, siapa bayar perkara nombor dua. Ceritanya ialah MBI kena kompaun, pengarah tanah dan galian hantar surat kompaun kepada MBI," katanya dalam ceramah Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang, malam tadi.


Saifuddin seterusnya mencabar Sanusi untuk menamakan siapakah warga China yang ditahan polis 6 bulan lalu kerana katanya Kerajaan Negeri mengetahui dari awal mengenai isu nadir bumi berkenaan.


"Hari ini saya nak beritahu Sanusi satu lagi. Bolehkah Sanusi namakan seorang lelaki warganegara China .. saya tahu nama, yang masuk melalui visa pekerja (iktisad) dan sekarang bekerja dengan MBI, dan pada Jan tahun ini lelaki ini telah ditangkap di kawasan Baling berhampiran Sik. Saya nak tanya, biar esok dia jawab. Dia jawab, aku bagi lagi satu," katanya.


Selain itu, Saifuddin juga mahu Sanusi menjelaskan mengapakah salah seorang pegawai tinggi MBI bersama sekumpulan warga dari negara China menubuhkan sebuah syarikat berdaftar di Malaysia sedang warganegara China itu masuk dengan pas sosial, sebagai pelawat biasa.


"Kalau masuk pas pelawat biasa kemudian (mana boleh) menjadi pengarah syarikat, kemudian pengarah China ini bekerja di sini," katanya.


Oleh itu, Menteri Dalam Negeri itu menegaskan bahawa pentadbiran kerajaan Kedah di bawah Pas-PN amat lemah dalam tatakelola dan seharusnya rakyat menukar Kerajaan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri Ogos ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page