top of page

Sambutan pengundi DUN Bukit Batu memberansangkan - Johari Abdul

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 11, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang membantu kempen di DUN Bukit Batu mendapati sambutan pengundi ke atas calon KEADILAN amat memberansangkan dan mengharapkan Arthur Chiong Sen Sern akan mendapat kemenangan.


"Sambutan serta penerimaan daripada masyarakat di Bukit Batu terhadap Saudara Arthur amat baik.


"Saya sempat menitipkan pesanan kepada mereka semua supaya mengundi calon KEADILAN bagi memastikan DUN Bukit Batu terus kekal sejahtera dan maju.


"Semoga kemenangan berpihak kepada Saudara Arthur. Selamat maju jaya, Arthur," katanya.


Turut serta membantu kempen di situ adalah Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin serta bekas ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page