top of page

Sambutan Hari Merdeka di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 21, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memberi bayangan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan di Putrajaya.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri juga bersepakat memutuskan Hari Malaysia pula akan diadakan di Sabah.


"Lokasi khusus (di Sabah) akan diumumkan selepas mesyuarat pertama yang akan dipengerusikan saya dan wakil Kerajaan Sabah Datuk Christina Liew (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah)," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, petang ini.


Pada masa sama, Menteri Komunikasi itu turut memaklumkan perincian sambutan merangkumi tema dan logo akan diumumkan dalam masa terdekat.


Keputusan kerajaan menjadikan Putrajaya sebagai tuan rumah Hari Kebangsaan itu adalah kali kedua sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran.


Dalam tempoh 20 tahun, pusat pentadbiran kerajaan itu telah berjaya menganjurkan lima sambutan Hari Kebangsaan iaitu pada 2003, 2005, 2018, 2019, 2023 dan tahun ini ialah edisi keenamnya.


Sebelum ini, Fahmi melaksanakan program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan amalan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.


Menjelang bulan kemerdekaan rakyat diseru untuk menghias Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sebagai simbolik cintakan tanah air.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page