top of page

Sambut baik kilang Lynas tidak lagi proses radioaktif di Malaysia



Tindakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menolak permohonan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk membawa masuk bahan mentah yang mengandungi radioaktif semula jadi ke Malaysia disambut baik ADUN Semambu, Chan Chun Kuang.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pahang itu, keputusan MOSTI mengekalkan empat syarat lesen yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Lynas bersama Kerajaan, iaitu aktiviti pemecahan dan peresapan (C&L), penjanaan residu 'water leach purification' (WLP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia pada tahun 2019, akan memastikan alam sekitar di Kuantan akan lebih terjamin dan tidak tercemar.


"Biar pun aktiviti Pemecahan dan Peresapan (C&L) yang sepatutnya tidak dibenarkan selepas 1 Julai 2023 telah dilanjutkan 6 bulan sehingga 31 Disember 2023, namun saya menerima baik keputusan ini.


"Pelanjutan tempoh ini telah mengelakkan gambaran yang diberi oleh kilang Lynas sebelum ini yang mana kilang mereka di Kuantan terpaksa ditutup selepas bulan Julai tahun ini.


"Lynas perlu memastikan Proses C&L (selepas ini) dipindahkan kembali ke Australia bagi memastikan tiada lagi sisa radioaktif dihasilkan di negara ini sejajar dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya dalam kenyataann harin ini.


Menurut Chun Kuang lagi, Lynas telah diberi masa yang secukupnya untuk merancang pelan pengoperasian kerana pembinaan kilang proses C&L di Kalgoorlie, Australia telah pun diluluskan pada bulan Februari 2022.


"Syarat-syarat ini (bahan radioaktif) telah ditetapkan apabila lesen operasi diluluskan pada tahun 2020.


"Saya yakin pihak Kerajaan Perpaduan akan mengambil tindakan tegas, seandainya pihak Lynas didapati tidak memenuhui syarat-syarat yang telah ditetapkan ini," katanya.


Selain itu, Chun Kuang juga berharap pihak Kerajaan akan terus memberi penekanan terhadap aspek keselamatan kilang Lynas sepanjang tempoh tambahan enam bulan.


Di samping, katanya, memastikan bahawa kilang Lynas tidak menghasilkan sisa-sisa yang melebihi had kapasiti kemudahan "Permanent Disposal Facility" (PDF), juga satu tempoh perlu ditetapkan bagi memastikan sisa-sisa kilang Lynas yang masih berlambak di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke PDF selepas ianya siap dibina.


Pagi tadi, Menteri MOSTI, Chang Lih Kang dipetik berkata keputusan yang dibuatnya muktamad berdasarkan Seksyen 32(5) Akta Perlesenan Tenaga Atom dan ia dibuat selepas mengambil kira kepentingan ekonomi, perlindungan alam sekitar dan kesihatan awam.


"Kerajaan memahami kepentingan industri nadir bumi dan komited untuk memastikan sebarang urusan perniagaan yang dijalankan berkaitan industri terbabit tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk setempat.


"MOSTI akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan industri nadir bumi di Malaysia berkembang secara bertanggungjawab dan mematuhi peraturan serta piawaian yang ditetapkan," katanya melalui kenyataan hari ini.


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kerajaan memberikan Lynas tempoh lanjutan enam bulan untuk memenuhi syarat pelesenan beroperasi di negara ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page