Hari Raya Aidilfitri yang disambut hari ini wajar dijalani secara bersederhana.
Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam perutusan Aidilfitrinya menyeru rakyat Malaysia mengutamakan membina persaudaraan dan bersungguh-sungguh melawan Covid 19.
"Walaupun kita berdepan dengan Covid 19 tetapi inshaAllah kita patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).
"Kita kurangkan sedikit kemeriahan, kita sambut dengan sederhana
"Yang penting sama-sama kita bina persaudaraan ini dalam perjuangan untuk menjadikan Malaysia yang lebih baik," katanya yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya.
Hari Raya Aidilfitri tahun ini merupakan kali kedua rakyat Malaysia merayakannya dalam norma baharu. Berbanding tahun lalu yang membenarkan sambutan hari raya pertama yang lebih meriah, pada tahun ini rakyat hanya boleh berhari raya bersama keluarga terdekat bagi memutuskan rantaian Covid.
Komen